SALAM ZIARAH. BLOG KU INI MENCARI KEBEBASAN, KESEMPURNAAN, KEDAMAIAN DAN KEKAYAAN DALAM KEHIDUPAN YANG DIREDHAI OLEH ALLAH SWT.









Lelaki memang tak guna..?

Lelaki memang tak guna??
erm.. aku pun tak tahu nak cakap ape..
ceritanya bermula apabila aku bersama-sama sepupu kesayangan aku membasuh pinggan di dapur lepas kenyang makan 'nasi ayam' buatan ibu kesayangan aku..( tiba-tiba teringat nasi ayam)..
ish! apala ko ni shalin.. okey.berbalik pada fakta tadi...
masa kami tengah syok basuh pinggan yang banyak tu(syok la sangat), kami sembang-sembang la sikit untuk memeriahkan lagi 'aktiviti' kami tuh.. so, biasala orang perempuan.. tak lepas daripada bergossip dan kutuk orang.. isu panas kami adalah tentang 'lelaki'.. (sepupu aku yang mula dulu ye bab tu.. aku dengar je.. hehe).. then, sepupu aku yang tengah mencuci tu pun mulakan dulu.. nak tau ape yang dia cakap? dia cakap "lelaki memang tak guna. semua sama je. haram jadah!". fuyoo!! ayat mendalam.. aku juz suruh dia sabar je.. kang tak pasal-pasal habis pinggan tu..
aku pun diam jew.. sebab nak pikir ape yang dia cakap tu.. otak aku masih tak dapat bagi respons pasal benda tu tadi.. aku memang nak cakap benda tu betul tapi betul ke? tu la pasal.. aku pun juz diam and anggguk je sebab dia tengah marah.. aku sokong je la walaupun terpaksa.. hehehe (^.^)v

hurmm..
aku rasa ape yang dia cakap tu memang betul.. lelaki memang tak guna. perempuan menderita sebab lelaki. bila nak sesuatu benda memang tak reti nak fikir baik buruknye.. kita semua selalu dengar yang masalah rumahtangga sering berpunca daripada orang lelaki.. dan sekarang ni kalau couple pun mesti orang lelaki yang over.. nyampah betol.. pastu, bila dah jumpa orang lain, mula la tinggal.. tak guna! bangsat! haram jadah! fuhh.. aku saje je keluarkan ayat macam ni..
aku bukan ape.. aku geram je sebab kadang-kadang aku pun terkena..
tapi bila fikir balik lelaki adalah makhluk Allah jugak.. tanpa lelaki, tak berkembang manusia..

No comments:

Post a Comment