SALAM ZIARAH. BLOG KU INI MENCARI KEBEBASAN, KESEMPURNAAN, KEDAMAIAN DAN KEKAYAAN DALAM KEHIDUPAN YANG DIREDHAI OLEH ALLAH SWT.









SaLam MaAl HijRaH 1433/1 MuHaRrAm


Salam Menyambut Maal Hijrah tahun baru Masihi (1433) pada Ahad 27 November 2011, dan 1432 hijrah akan meninggalkan kita, banyak kenangan yang akan kita semua tinggalkan.

Alhamdulilah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MAHA PENCIPTA SEKALIAN ALAM. Apakah azam kita pada 

tahun baru ini? Barangkali ada yang terlupa untuk menyambut tahun baru hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini. Apapun marilah sama-sama kita ingat mengingati kepada perkara yang membawa kepada sesuatu yang baik.



Ya Allah aku bersyukur kerana aku masih hidup untuk menyempurnakan ibadah ku ini kepadamu. Adakah hidup ku diberkati olehmu ya Allah.. Nauzubillah..


Azamku untuk tahun ini..

  • aku akan berusaha untuk menjadi orang yang tidak pernah tinggalkan solat
  • try to give my best..
  • jangan asyik nak berseronok sehingga melalaikan diri sendiri contohnya bercouple.
  • berusaha untuk menaikkan markah setiap subject exam. Insyaallah..
  • jangan nak jadi terlalu brutal,  asyik ketawa kuat-kuat, sendawa kuat-kuat.. try untuk cover semua tu... tak elok tau anak dara buat mcm tu.
  • jangan asyik nak menangis je.. 
  • 'teringin nak jadi macam miss mahani'hehe
  • try to finish all my work as soon as possible.. sebab nanti senang nak buat keje lain. jangan nak tangguh-tangguh...
  • try untuk berkawan dengan ramai orang lagi dan perbetulkan masalah aku dengan kawan yang aku masih lagi tidak bertegur dengannya..
  • memperbaiki kelemahan, mengekalkan kelebiham. Yeaahh!
  • gembirakan bondaku Nor Azila Bt Dahari dan juga ayahandaku Zuha Shaily B Shaarani. Dan juga jadi cucu pertama kepada tok wan, opah saba dan nenek ganti yang dapat keputusan exam straight A...!!
  • and the most important, SETIAP PERKARA YANG DILAKUKAN IKHLAS KERANA ALLAH SWT. Insyaallah..
Tiba-tiba aku teringat dengan kata-kata Miss Mahani..

" JANGAN MENGIKUT CARA ORANG LAIN UNTUK MENGUBAH HIDUP KITA, TETAPI JIKA KAMU YANG DAPAT MEMBUAT ORANG YANG MENGIKUT CARA KAMU, ITU MAKNANYA KAMU SEORANG YANG HEBAT!"


sampai bila-bila aku akan ingat ayat ni..
Salam Maal Hijrah..

CuPcAkE and HaRi PeRsAhaBatAn SeDuNiA

Inilah dia hasil cupcake ku tadi.
cute tak?


Yeahh!!
akhirnya berjaya jugak aku siapkan cupcake ku ini. haha.. puas hati aku.
anyway, thankz to Safarwani coz bagi resepi cupcake ini.. sedap sangat. 
Hmmm.. Yummy!!
walaupun my first cupcake ini adalah cubaan pertama dalam hidup aku, aku sangat-sangat berpuas hati sebab cupcake ini menjadi dan the most important..
cupcake ini lagi sedap daripada cupcake yang ada krim or manik-manik yang warna-warni.
aku satisfied sangat-sangat!haha
nanti boleh la aku buat banyak-banyak cupcake lagi..
hehehehehe



but ada lagi yang aku rasa keliru.betul ke hari ini hari persahabatan sedunia??sebab tadi ada orang hantar mesej kat aku macam ni...

apabila saya kesepian hiburkankah saya dengan suaramu.. apabila saya sakit ubati saya dengan rasa kasih sayangmu.. apabila saya mati jangan mandikan saya dengan air matamu.. apabila saya nak berkubur, kuburlah saya dalam hatimu @ bila saya tersesat, selamatkanlah saya dengan doamu. "SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"(nov-27dec).. kirim ke semua orang yang kamu anggap "TEMAN, SAHABAT, KEKASIH, ABANG N ADIK N KAKAK ANGKAT" @ yang awak sayangi.. jika saya salah seorang daripadanya, kirim balik ya!. lihatla berapa banyak awak dapat balasan.. jika lebih dari 7, ertinya ramai orang yang sangat sayang padamu..

tu la pasal.. rasanye betol la kot hari ni hari persahabatan sedunia..
anyway aku nak ucapkan yang aku sayang sangat kat kawan-kawan aku.. terima kasih kalau korang selalu tolong aku. thankz sangat-sangat! aku tak pernah ambil hati pun kalau korang ada sakitkan hati aku. aku tak kesah pun. aku sayang korang. walau apa pun aku dah buat kat korang, aku harap korang sudi maafkan aku.. aku tahu aku mesti selalu sakitkan hati korang, aku selalu marah-marah korang.. sorry ye..
apa-apa pun aku sayang sangat-sangat korang especially to Rk1 group.
Love U all so much!!!!!!!!!!!!!


KiTa BeRdUa BeRsaTu




Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah
Biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai 
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu..


Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu..




Huhu.. sedihnya dengar lagu ni. ayat mencengkam jiwa tau.. lirik dia ada pelbagai makna tau. tak bermakna lagu ni hanya untuk pasangan kekasih tetapi untuk semua orang tak kira untuk keluarga, adik beradik or sesiapa sahaja.


korang layan la lagu ni ye..
anggap seperti motivasi.. <3

HaRiMaU MuDa VS GaRuDa MuDa



VS




  HIDUP HARIMAU MUDA!! 
ALHAMDULILLAH.. akhirnya skuad negara Malaysia dapat mengalah skuad negara Indonesia..
gembiranya hati aku.. dengan sepak penalti yang digalas oleh Badrol Bakhtiar, negara kita sekaligus mendapat pingat emas dalam Sukan SEA kali ke-26 ini..
YAY!!
seronoknye hati aku.. tak sia-sia aku duduk depan tv start pukul 8.30 malam sampai la pukul 12. alhamdulillah.. semua ni jugak berkat doa kita semua rakyat Malaysia.. anyway, semoga hubungan kita semua dengan negara Indonesia tidak terjejas. jangan kerana bola kita semua bermusuh.
NO! NO! NO!


TAHNIAH HARIMAU MUDA..!!

BADDROL BAKHTIAR
(aduh.. kenapa la dia ni handsome sangat.. huhu.. ni yang geram ni..hehe)

Hurmmm..

What a boring day... can someone tell me what should I do right now..

KaTa-KatA HikMaH DaN PeRaNsAnG YanG BolEh DiKoNgSi BeRsAmA


  • Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.
  • Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.
  • Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
  • Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
  • Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.
  • Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.
  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

  • Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

  • Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.




SaAt MeNjaDi DaYaNg.



kami memang sehati sejiwa. hehe

shalin zuhaila dan amy sha

Tak sangka dapat jadi dayang..
dapat merasa macam mane rasenye pakaian orang terdahulu.(tak la dahulu sangat sebab pakai makeup)
juz pakai baju kurung dan kain batik.
boleh la tahan..
tapi rasa macam nak ke bendang. 

GoOdByE 2Rk1

Huhu.. Sedihnye..
selamat tinggal 2rk1.
akan ku simpan semua kenangan yang sentiasa bermain di fikiranku. aku sayang 2rk1. 
sepanjang aku berada kat kelas ni aku tak penah pun rasa boring or something else yang tak seronok. 
selalu kene puji je ngan cikgu. seronok tau. tambahan pula aku ni penolong ketua kelas. lagi la bangga.. hehe..
terima kasih juga pada Pn Hamidah Ismail selaku ibunda kami. tahun hadapan ibu dah tak ajar kami.. huhu. sedihnye..
tak pe..
yang penting Miss Mahani, Pn Esah, Pn Salasiah, Sir rahman tetap ajar kami. tak kesah la cikgu ape pun. asalkan kami bahagia..


anyway,
aku akan sentiasa simpan semua kenangan suka duka kelas aku.
thankz a lot pada guru-guru yang tidak pernah kenal erti jemu untuk mengajar kami adik-beradik.
walaupun tahun hadapan kami akan kehilangan seorang saudara iaitu Aina Nadhirah kami akan tetap menganggap Aina sebagai salah seorang adik beradik kami. 
Insyaallah..
tahun hadapan aku akan buat yang terbaik untuk 3rk1.
untuk kakak, abang and adik kita lakukan yang terbaik ye untuk kelas kita.
however, welcome to Muhammad Ammar.
kita sama-sama berusaha..
CHAIYOKK! CHAIYOKK!

HiDuP HaRiMaU MuDa!!

Hidup Harimau Muda!
aku berharap sangat Malaysia dapat melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dalam sukan SEA ni.. aku dari dulu geram kat Indonesia ni.. kabot je.. meluat aku tengok. mentang-mentang la lawan kat negara diorang nak bajet lak.. pastu main pilih kasih lak tu.. mana aci!!
kita mestilah jujur dan amanah..
mana boleh nak main tipu. tak bawa ke mana pun kalau kita main tipu. dan tak akan berkat pun kalu kita asyik main nak tikam belakang.
anyway,
gud luck to MALAYSIA.
aku akan sentiasa menyokong industri sukan di tanah air aku..
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!