SALAM ZIARAH. BLOG KU INI MENCARI KEBEBASAN, KESEMPURNAAN, KEDAMAIAN DAN KEKAYAAN DALAM KEHIDUPAN YANG DIREDHAI OLEH ALLAH SWT.









Huh.. AkHiRnyeR..



Adoi!!..
macam mana aku aku boleh 'meleleh' depan cikgu Rahman tadi..?
Sumpah Segan!! budak kelas aku pun dah pandang lain jer. Mak! memang malu.. aku pun tak tau macam mana aku boleh menangis.. sebab markah mat la..
51 je aku dapat! pergh! itu shalin punye ke?
<>
tak mungkin aku dapat markah cam gitu.. shit!! impossible!! orang lain sumenye dapat markah tinggi-tinggi. tak kan aku sorang je yang dapat markah sikit macam tu..
masa cikgu rahman cakap markah aku memang aku terdiam seribu bahasa. aku tak tau nak cakap ape.. terdiam teros!
pastu lepas masa cikgu rahman lagi, aku teros tak de semangat nak belajar. otak aku masih tak dapat nak terima kenyataan. rasa memang nak nangis je.. asyik bertakung je air mata.. adoyai.. malu siot!
akhirnya ada sorang hamba Allah yang datang menenangkan aku pada saat-saat akhir. namanya Husna Ramli. trimas Husna..!! nasib baik ko datang untuk menolong aku.. baru aku tau rupa-rupanye Sir Rahman tersilap kira.. fuhh.. alhamdulillah..
trimas jugak kat nisha, hanis, syafiqah, atikah.. kalau korang tak de tadi memang aku malu nak jumpa sir rahman..
dan yang paling best-->> syafiqah jumpa semula bola yang kami cari..
    yeahh!! cayala pqah..
              -->> congrate untuk nisha yang dapat markah tertinggi KH dengan 98 markahnye.. pergh!! cayalah.. nanti ajar aku sekali ye.. alrite sis!

DeEpAVaLi

hari ni deepavali ke?
tak rasa ape-ape pun.. macam tak raya pun. depan rumah yang beragama hindu pun macam tak raya je.. kalau depa raya mesti depa pakai baju raya. ni pakai t-shirt je.. rumah pun tak berapa nak ceria.. why? today is raya.. pelik gak? maybe pakai pagi tadi je kot. lagipun rimas pakai 'merot-merot' (bak kata ibu aku) macam tu.. aku pun 'renyah' je tengok.
haha..
however, mungkin budaya mereka sebegitu. malam raya je yang meriah. bunga api tak renti-renti. aku pun   bengang cam tu!. sampai tengah malam tak abis-abis main lagi. 'panaih je'!! pastu pagi-pagi bangun lambat. pukul 8 pagi pun tak bangun tido lagi.. pergh! raya ke macam tu..? kalau orang Islam, pagi raya mesti sibuk giler. nak gi solat raya, saling bermaaf-maafan.. tapi depa tak pun..
hmm..
tapi ada la jugak segelintir yang ada semangat raya sikit. tapi yang hairannye kenapa pagi raya yang nak kemas rumah. waktu tu la nak betulkan cat, nak sapu sampah malah yang pasang astro waktu tu pun ada.. wah! hebat giler.. kenapa tak pasang seminggu sebelum raya ke.. semalam ke? haha.. lawak..
anyway, 
selamat menyambut hari deepavali.. tak kesah la ape pun. itu budaya mereka. itu juga menunjukkan masyarakat di negara kita ni ada pelbagai kaum dan jenis budaya mereka.. kita mesti hormat perayaan mereka kerana mereka pun hormatkan perayaan kita.. jangan kita nak menentang mereka.. mungkin itu cara yang terbaik bagi mereka. jangan lupa juga saling kunjung-mengunjungi rumah mereka.. masa raya kita depa datang, takkan raya depa kita tak nak datang pulak..sian depa..
kita kena ingat..
kita kan 1 MALAYSIA..

HoW I WaNt To MaKe My FaCe LiKe ThIs?

  1. selalu tersenyum dan lupakan segala kesedihan..
  2. jgn biarkan masalah diri bercampur dgn masalah yg lain..
  3. jgn bersedih bila dihadapan kawan-kawan..
  4. selalu buat lawak
  5. banyakkan ketawa walaupun ketawa tu tak berapa elok (ketawa bila happy je la.. atau untuk menutup rasa sedih)
  6. selalu buat perkara yang elok..
  7. selalu buat sesuatu perkara dengan keadaan berpuas hati, jgn kerana nak hilangkan tension je..
  8. pastikan gigi sentiasa putih, (pasti kita akan tersenyum sendiri) haha
  9. happy bila dapat sesuatu yang membahagiakan, jgn monyok je..
  10. kalau nak tgk muka kita happy macam tu, pastikan anda selalu buat org lain yang happy ngan kita..


ApA AkU NaK WaT NiE??!!

Aku dah tak tau nak buat apa lagi.. kau sering membuatkan aku selalu membayangi kau. Kenapa aku mesti membayangi kau? Disebabkan mesej kau semalam, aku jadi seperti orang gila.. tapi kenapa? Arghh!! sakitnye kepala.. kau cakap kau cinta dan sayangkan aku. tapi aku masih x dapat nak terima kau.
tolong la faham wahai insan yang bernama ...... ...... . kau kene faham keadaan aku. Mungkin aku bukan jodoh yang terbaik untuk kau dan kau pula sentiasa mengatakan aku lah yang paling terbaik untuk kau.. Argh!! sakit pulak hati ni.. adakah kau tidak faham bahasa..?? Aku selalu terfikir yang kau akan melupakan aku apabila ko sudah memiliki insan yang lain.. aku berharap insan itu akan membahagiakan kau.. jangan pilih aku..
                                   Adakah pilihan aku tepat dan tidak menderitakan aku..?


MaAfKaN aKu..

Maafkan aku..
aku tak dapat nak balas cinta kamu.. bukan kerana aku tidak cinta kepadamu tapi hatiku kata aku bukan untukmu.. kau bukan untuk aku..
mungkin kita bukan insan yang bertuah untuk bersama.. mungkin ramai lagi yang lebih beruntung dari aku untuk memilikimu..mungkin juga Tuhan menentukan aku bukan untuk kamu.
aku tahu hati kamu. aku tahu apa yang kamu rasa. tapi satu yang aku boleh cakap..
aku sayang kamu...


SuDaH SuRaTaN TaKdIr..

kenapa orang yang selalu bahagiakan hidup aku mesti akan tinggalkan aku..? apa salah aku.. kalau awak nak tahu, awak selalu buat saya happy.. sikit pun aku tak pernah rasa sunyi bila dengan awak. setiap saat awak akan buat hidup saya bermakna. tapi, disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. awak anggap saya ni seperti musuh awak sekarang ni. 

tolong la faham keadaan saya. saya tak berniat untuk buat awak kecewa. awak bukannya orang yang memusnahkan hari-hari saya tapi membahagiakan saya. saya tak pernah benci dekat awak malah saya cuba untuk menyayangi awak tapi ini la yang terjadi.. masa, fitnah memcemburui kita. saya tak pernah salah sangka pada awak tapi kata-kata orang membuat saya menjadi gila.

akhirnya, hubungan kita menjadi begini. TERGANTUNG TAK BERTALI. ini ke yang awak mahu? adakah ni suratan takdir? 
kalau begini akhirnya, aku terima dengan ikhlas..
............