SALAM ZIARAH. BLOG KU INI MENCARI KEBEBASAN, KESEMPURNAAN, KEDAMAIAN DAN KEKAYAAN DALAM KEHIDUPAN YANG DIREDHAI OLEH ALLAH SWT.









HaPpY NeW yeAr 2012

Rasanya masih belom terlambat aku nak ucap selamat tahun baru 2012.
Alhamdulillah, Allah panjangkan umur aku dan aku masih bernyawa dan dapat untuk bersama dengan insan-insan yang aku sayang serta dapat mengharungi peperiksaan PMR untuk tahun ini. Insyaallah..
erm.. about my wish for this year?
rasanya tak de ape yang berubah. azam aku just tak nak tinggal kan solat 5 waktu dan tinggalkan semua perkara yang negatif dalam hidup aku. Hormat ibu ayah aku, guru-guru dan semua orang yang aku sayang. tak kira yang tua atau yang muda. mereka semua sangat bermakna dalam hidup aku. aku saaayyyyaannggg sangat kat kamu semua. And, the most important, target aku untuk tahun ni adalah untuk mendapat straight A' dalam PMR. wohoo..!!
Caya lah Shalin~ ko ni mmg hebat la(syok sendiri.zzz)


Ya Allah..

Ya Allah.. sedihnye hati aku. aku tak tau nak cakap ape. sedih sangat. tak tau sama ada kami yang salah atau kucing itu yang salah.. selamatkanlah kucing itu Ya Allah. Maafkanlah dosa kami Ya Allah, kami tidak tahu, jangan hukum kami Ya Allah. Masukkanlah kucing itu ke dalam syurga. Kami tidak tahu yang kucing itu akan melintas. dan tanpa tidak sengaja, kami telah terlanggar kucing itu. dan pada masa yang sama, aku nampak kucing berwarna putih yang bertompokkan hitam berlari sambil kakinya terkehel di sebelah kiri. Ya Allah, sedihnya hati aku waktu itu, aku rasa berdosa. aku tidak tahu yang kucing itu akan melintas semasa kereta kami sedang melintas. Ya Allah ampunilah kami..


Petang tadi ibu aku pergi ke tempat tersebut untuk melihat kucing tadi tapi..
dia dah mati, sedihnya hati aku Ya Allah. Allah sahaja yang tahu macam mana hati aku. tapi Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kucing itu tidak terseksa menahan kesakitan. Syukur dia mati. tak la dia terseksa nanti.. Syukur Alhamdulillah..


Ya Allah, sekali lagi aku memohon agar kucing itu diselamatkan.. Amin~~
Mulai hari ini, aku akan sentiasa menyayangi kucing..
Aku tak nak namapak ada lagi kucing yang teraniaya..
Amin ya robbal alamin~~


sayangilah kucing kerana kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW

Biar Mimpi Sampai Ke bintang..

Assalamualaikum blog aku.. rindunye saya dekat awak.. hehe
awak nak tau tak, semalam saya tengok cerita lakonan Randy Pangalila(pujaan hatiku..) dan Elfira Loy(tak minat sangat). best la jugak cerita dia. sweet sangat-sangat. lagu tema dia pun best. lagu Untuk Mencintai dari Seventeen. lagu dia yang menarik minat saya untuk menonton drama tersebut.
(chop!start bila aku mula bersaya awak dengan blog aku sendiri..??zzz..)



dia punya jalan cerita pun boleh tahan la. beselah kesah orang bercinta. kalau tak salah faham tak sah dalam cerita macam tu. besela menyamar jadi orang kaya apa sume tu.. erm.. boleh la..
tapi aku tak la minat sangat cerita macam tu. 

cerita yang aku minat cerita G-force masa hari rabu hari tu. hamster yang jadi spy. sumpah cute dan best!!!!! best la.. cerita dia menarik! wowowowow!! (tengah excited ni)biasalah.. hehehe
ok la blog, aku nak makan ni, ibu aku buat Laksa Mi hari ni. sedap tau.. 
ok bye!

bodoh betol!!

kenapa orang lelaki ni bajet sangat. menyampah betol. bajet bagus. bajet! bajet! dan bajet!(tengah geram ni..) tak paham betol aku, susah betol nak jumpa lelaki yang merendah diri sikit ke, ada bertolak ansur sikit ke.. sikit pun jadila.. ni hampehh! 
panas je.. rasa nak bunuh orang(macam miss cakap). macam la aku ni tak de perasaan langsung. nak ikut cakap dia je. bajet giler!(bajet lagi).. aku geram je. bodoh kan orang macam tu. tak reti nak paham masalah orang. Erm.. ada la jugak laki yang baik. contohnya macam kawan baik aku. selalu tolong aku, paham keadaan aku. bukannye terus nak marah. kononnye tak pikirkan perasaan dia. bajet dia ambil berat pasal aku sangat. Ek elehh.. bajet.. sekarang ni baru aku tau maksud sebenar BAJETT!! hahahahahahahahahahaha...

#insan yang baru tau erti bajet..

Inilah kehidupan kita..

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman…
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer…
Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis nih…kesiannyer…
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm s***!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati…
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm…taktik nak ngorat la tu…

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la…bagai pinang d belah dua…
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian…mst dah kena bomoh lelaki tu…

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasihLelaki akan kata: patut pon kena reject…

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato’ mana bela ni…
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni.

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah…caringnyer…
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu…

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don’t worry,i will make u happy forever…
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la…

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu…
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu…

Kalau perempuan cantik main2 misscall
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu…
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

x mau gaduh2 x mau..

tak laku tak apa - asal tidak murahan
tak ada duit tak apa - asal jgn tak ada maruah
tak popular tak apa - asal tdk gila glamour
tak kaya tak apa - asal tidak miskin akhlak
tak mewah tak apa - asal sederhana tanpa duit haram
tak cantik menawan tak apa - asal teguh menutup aurat
tak dipandang mulia tak apa - asal Allah beri rahmat dan redha



syarat utama jika ingin bahagia- jangan bandingkan diri dengan orang lain... saat sedang membuat perbandingan, syaitan dan nafsu mempamerkan kelemahan dan kekurangan diri sehingga diri rasa terhina, lemah, tiada apa2 ..lantas membawa kepada rasa tdk bersyukur.... orang yang anda lihat bahagia belum tentu bahagia..
(^.^)v

IKTIBAR POHON SEMALU KHAS UNTUK WANITA YANG DIKASIHI ~


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama:
Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua:
Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga:
Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Keempat:
Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

SUBHANALLAH..

SaBo Je La..

Bila kita jadi jahat,ORANG BENCI..Bila jadi baik,ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama,ada orang kata kita BERLAGAK ALIM..

Bila kita laggar suruhan agama,ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH..APA NAK JADI..NAK KIAMAT 
KOT" Bila kita ikut peraturan,ada orang kata kita SKEMA..Bila kita langgar peraturan,da orang 
kata kita ni mcm XDE MASA DEPAN..
Bila kita tegur dengan baik,ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar,ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan2,ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILER'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni XDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bg nasihat,ad org kta"JGN SIBUK JG TEPI KAIN ORG,BLH?!"
Bila kita sindir,da orang kata "X RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"



Anda pernah dikutuk dan dicaci ?
Dikatakan jahil ?
Dikatakan jahat ?
Dikatakan memandai-mandai ?
✿◕‿◕✿ Tersenyumlah.. Bukan anda seorang sahaja yang pernah diperlekehkan. Saya juga pernah.. Para ulama’ juga pernah. Rasulullah SAW juga pernah.. Err, Allah SWT juga pernah.. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan..” (Surah al-An’am: 108)..
Tatkala dikutuk , anda rasa terhina, marah dan geram ?
✿◕‿◕✿ Tersenyumlah.. Orang yang mengutuk diri kita yang tidak ma’sum ini mungkin ikhlas ingin membetulkan kesalahan kita.. Namun, kita tidak perlu merendahkan akhlak diri kita dengan meniru balik caranya itu.. Tahanlah diri dari mengutuk balik.. Tahanlah diri dari mencaci-maki.. Tahanlah diri dari menghina semula..



yang penting...Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu 
kita fikir ialah pndangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yg diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita xkan blh ttp mulut org sampai dia mati.

PERKOSAAN VISUAL!!





::: PERHATIAN KEPADA SEMUA KAUM WANITA (PERKOSAAN VISUAL) :::

Ketika kita mas
uk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !

Para wanita : Sila beri tahu teman-teman anda yang lain.
Para lelaki: Sila beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda..



SEBARKAN..

Lelaki memang tak guna..?

Lelaki memang tak guna??
erm.. aku pun tak tahu nak cakap ape..
ceritanya bermula apabila aku bersama-sama sepupu kesayangan aku membasuh pinggan di dapur lepas kenyang makan 'nasi ayam' buatan ibu kesayangan aku..( tiba-tiba teringat nasi ayam)..
ish! apala ko ni shalin.. okey.berbalik pada fakta tadi...
masa kami tengah syok basuh pinggan yang banyak tu(syok la sangat), kami sembang-sembang la sikit untuk memeriahkan lagi 'aktiviti' kami tuh.. so, biasala orang perempuan.. tak lepas daripada bergossip dan kutuk orang.. isu panas kami adalah tentang 'lelaki'.. (sepupu aku yang mula dulu ye bab tu.. aku dengar je.. hehe).. then, sepupu aku yang tengah mencuci tu pun mulakan dulu.. nak tau ape yang dia cakap? dia cakap "lelaki memang tak guna. semua sama je. haram jadah!". fuyoo!! ayat mendalam.. aku juz suruh dia sabar je.. kang tak pasal-pasal habis pinggan tu..
aku pun diam jew.. sebab nak pikir ape yang dia cakap tu.. otak aku masih tak dapat bagi respons pasal benda tu tadi.. aku memang nak cakap benda tu betul tapi betul ke? tu la pasal.. aku pun juz diam and anggguk je sebab dia tengah marah.. aku sokong je la walaupun terpaksa.. hehehe (^.^)v

hurmm..
aku rasa ape yang dia cakap tu memang betul.. lelaki memang tak guna. perempuan menderita sebab lelaki. bila nak sesuatu benda memang tak reti nak fikir baik buruknye.. kita semua selalu dengar yang masalah rumahtangga sering berpunca daripada orang lelaki.. dan sekarang ni kalau couple pun mesti orang lelaki yang over.. nyampah betol.. pastu, bila dah jumpa orang lain, mula la tinggal.. tak guna! bangsat! haram jadah! fuhh.. aku saje je keluarkan ayat macam ni..
aku bukan ape.. aku geram je sebab kadang-kadang aku pun terkena..
tapi bila fikir balik lelaki adalah makhluk Allah jugak.. tanpa lelaki, tak berkembang manusia..

wanita..




Lembut "WANITA" kerana tutur katanya,
mesra "WANITA" kerana senyumannya,
cekal "WANITA" kerana beraninya,
patuh "WANITA" kerana setianya,
sabar "WANITA" kerana imannya,
kasih "WANITA" kerana belaiannya,,
lemah "WANITA" kerana air matanya,
ikhlas "WANITA" kerana simpatinya,
dendam "WANITA" kerana cemburunya,
sayang "WANITA" kerana sifat keibuannya,
tanpa "WANITA" lelaki lemah,
kerana "WANITA" lelaki kalah...

WaHaI KaUm HaWa! BolEHKaH KiTa MeNeRiMa FakTa InI?

aku dapat troll ni daripada seseorang..
aku pun tertarik nak baca yang ini..
dia adalah seorang lelaki yang menceritakan kenapa perempuan suka menangis?..
begini ceritanya..


Dulu, masa muda-muda dulu. Masa aku hingusan macam korang sekarang, aku selalu pergi ke tadika. Tadika tu macam kat dalam kampung sikit biasalah I kan orang kampung tak macam korang orang-orang bandar mengada-ngada.

Rutin hariannya aku di tadika; sebelum rehat, belajar benda-benda kenali jarum jam dan selepas rehat, belajar ABC. Time tu, aku paling susah nak ingat dengan huruf N. Aku boleh hafal semua turutan huruf, tapi mesti tertinggal dengan huruf N. Cara aku atasi masalah ni adalah dengan mengingat seorang mak we (Awek) ni. Nama dia Ann. Tapi cara cikgu tu sebut bunyik macam N. Tak tau lah kot-kot cikgu tu poyo ke apa nak berslang-slang di tadika. So, dari situ, aku kenal awek tu.

Ann ni manja gila. Sikit-sikit nangis. Sikit-sikit nangis. Tak dapat makan, nangis. Tak ada tempat nak letak selipar, nangis. Tak reti baca waktu jam, nangis. Tak dapat cari buku nota, nangis. Sembelit sampaikan 'cake' tak keluar pun nangis. Suka sangat nangis. Dia tu, bila nangis, hingus mesti keluar meleleh-leleh dari hidung dia. Dah meleleh-leleh tu bukannya reti nak lap, tapi di biar je terus masuk dalam mulut. Aku tengok pun pelik dia nangis gaya macam tu. Macam perempuan.

So, pada suatu hari dia tak henti-henti nangis sebab berebut lego dengan aku. Memandangkan aku dah fedup gila dengan si Ann tu, aku pun pergi lah ke kelas sebelah dan tanya cikgu kelas sebelah. (Aku tanya cikgu kelas sebelah sebab cikgu kelas sebelah tu lelaki.)

"Sir, why the hell awek tu asyik menangis?" Aku tanya.

Cikgu tu actually ambil masa yang agak lama untuk terangkan kat aku. Mungkin dia pun tak tahu sangat pasal makhluk yang complicated ni. Then, aku ingat lagi yang kemudiannya cikgu tu cakap "Mr K, susah nak terangkan pasal ni. Sebab... kalau nak tahu, perempuan memang suka menangis. Kalau di ikutkan, tanpa sebab pun perempuan boleh nangis. Apa pun, bila awak besar nanti, awak akan tahu". So dari situ, aku set kan di mind aku. Perempuan, memang suka menangis tanpa sebab. Tapi.....

Tapi, segalanya berubah bila aku masuk darjah 6.

Masa aku masuk darjah 6, kat sekolah tu ada buat satu program jual pampers. Pampers untuk baby kata cikgu-cikgu aku. Tapi yang hairannya, hanya student perempuan je yang boleh pergi program tu. Apa ingat kaum lelaki ni tak reti tukar pampers baby ke? Kaum lelaki bukan sahaja mahir membuat anak, malah, pandai mendidik. Abang K misalnya.

So, masa semua kaum gedik-gedik tu pergi join program tu, aku pun bersama kaum-kaum baik, pemurah, baik hati dan setia (kaum lelaki) pun berborak lah. First, kiteorang berborak pasal pampers. Kemudia topik perbualan beralih ke couple. Then beralih ke kahwin. Then beralih ke malam pertama. Dan aku ingat lagi point yang paling penting dalam perbincangan tu adalah, 'perempuan memangis di malam pertama'. Itu kata si tukang pencerita. Aku pernah cuba tanya dia pasal malam pertama. Tetapi, dia hanya pegang bahu kiri aku dengan tangan kanan dia sambil squeeze dengan eratnya dan berkata "Bila besar nanti, kau akan tau..."



So, bila aku dah masuk ke tingkatan 3 (which is dah besar), aku dah tahu apa yang di maksudkan perempuan menangis di malam pertama. Yeah, aku sendiri melihat dengan biji mata aku sendiri bagaimana a comel girl falls for a boy sambil nangis-nangis. Yeah, malam pertama selepas putus cinta. That girl, menangis macam orang gila. Sikit-sikit nangis. Sikit-sikit nangis. Padahal couple baru je satu bulan. Tapi nangis macam nak rak. Macam lah orang lain tak pernah putus cinta. Lagi pun...Couple? Cinta? Alah, penting sangat ke couple-couple ni? Penting sangat ke love-love-eww-eww ni? Tak payah susah-susah nak couple. Buang masa je semua tu. Semua tu bullshit. (Ayat orang tak ada awek).

So, bagi menghuraikan masalah complicated ni perihal kaum complicated tu tentang this complicated issue, aku pun berjumpa yang pakar. Yes, yang pakar. Even aku dikurniakan dengan keperibadian yang menyenangkan dan perwatakan yang memikat hati, hati yang setia untuk seorang gadis dan jiwa raga yang suci (oh, so terharu I), still, aku perlukan pakar. So, aku pun jumpa lah si pakar ni. Si pakar ni, perangai dia ada bau-bau Afyy sikit. Cute umpama perempuan. Ganas umpama lelaki. Manis umpama gadis. Three in one. Perfect 'composite composition'.

Oh, si pakar tu, bernama Ain. Bukan Aina. Tapi Ain. Ain ni cakap "Perempuan adalah makhluk yang paling kental, tetapi memiliki organ yang amat fragile dan kecil." At first place, bila dia sebut "Perempuan ada organ yang kecil", aku ingatkan dia bercakap pasal brain (Ya otak adalah organ). Tapi rupa-rupanya dia bercakap pasal heart. HEHEHE.

Then dia sambung lagi "Hati perempuan banyak keluarkan kasih sayang, tetapi tak boleh menampung banyak kesengsaraan sebab ianya fragile. Bagi menghalang hati itu pecah berkecai, air mata akan mengalir." Aku angguk-angguk faham. Padahal aku tak apa faham pun. Hati mudah pecah lah. Organ kecil lah apa lah. Cakap je la perempuan suka nangis. Kan mudah.

Dan, bila aku menjejek di tingkatan 5 which is tahun di mana usia aku dah cukup dewasa untuk kahwin dan membuat perkara-perkara keji, aku pun sekali lagi bertemu dengan sebab-kenapa-perempuan-suka-menangis.



Ianya bermula dengan pagi yang hening. Dalam pukul sepuluh. Aku sebagai seorang pengawas yang berkaliber tinggi pun pergi la ronda-ronda kawasan sekolah. Padahal waktu tu belum rehat. Saja je nak ponteng kelas. Masa tengah jalan tu, aku ada nampak seorang perempuan ni menjerit-jerit kat lelaki. Lelaki tu relax je pandnag perempuan tu dengan muka slamber. Tiba-tiba perempuan tu hilang kawalan lalu start memukul lelaki tu di bahu. Dia pukul-pukul sambil nangis-nangis. Ya, dia pukul orang, tapi dia yang menangis. WHAT THE HELL IS THAT? APASAL DIA PUKUL ORANG TETAPI DIA YANG NANGIS?. Terpekik terlolong perempuan tu menangis sambil pukul lelaki tu. Dia nangis lebih-lebih tapi lelaki tu steady je tak buat apa-apa. Well, lelaki, biasalah. *Angkat kening double jerk*

So, aku pun duduk di birai kelas sambil memikirkan tentang peristiwa yang baru aku saksikan. Sungguh aneh peristiwa itu. Tak dapat aku tafsirkan mengikut fahaman aku. Lalu, aku duduk untuk memikirkannya. Aku berfikir balik tentang peristiwa lepas-lepas. Pasal couple, pasal malam pertama pasal itu dah ini. Tetapi, semuanya amat bercanggah dengan apa yang aku faham dan apa yang aku lihat. Tapi, semua masalah aku itu terjawab bila aku teringat balik apa kata-kata guru tadika aku.

Ya. So, betullah kata-kata guru tadika aku ; "Perempuan... tanpa sebab pun boleh nangis."

Sumber :http://theotherkhairul.blogspot.com/2010/12/troll-kenapa-perempuan-menangis.html

TuDuNg LaBuH HiPoKrIT??

Tudung Labuh Hipokrit? Meh Sini Aku Jawab . .
Ni adalah status yang mendatangkan angin kemarahan aku . .

Meh aku nak bagi sikit kata² hikmat kat kau . .
... ...
... ... Bertudung wajib tau tak . .
Pakai dapat pahala . .
Tak pakai dapat dosa . .
Betul ?
Mesti la betul . .

Islam menyuruh wanita memakai tudung dan melabuhkan tudung hingga menutupi dada . .
Itu lah wujudnya tudung labuh . .

Tentang baik tak baik perangai si pemakai . .
Itu no dua . .
Yang penting . . menutup aurat itu adalah wajib . .
Perkara utama . .
Buat dapat pahala , ta buat dapat dosa . .
Itu yang penting . .

Kenapa mesti kena keluar kenyataan perempuan bertudung tak semestinya baik . .
Kenapa mesti buat kenyataan macam tu ?

Cuba korang bayangkan . .
Tiba² seorang perempuan yang baru ingin memakai tudung . .
Membaca status korang . .
Dan membatalkan niat bertudung disebabkan status korang tu . .
disebabkan statement korang tu . .
Elok orang baru nak pakai tudung jadi terus tak pakai tudung . .

Apa korang dapat ?
Korang da la berdosa sebab tak pakai tudung . .
Lepas tu mengeluarkan statement yang boleh mempengaruhi orang supaya tak bertudung . .
Bertambah² dosa . .
Korang suka ker macam tu ?
Suka kumpul dosa ?

Bagi aku . .
Siapa² perempuan yang kononnya tak dapat hidayah tu . .
Kalau taknak bertudung itu hak korang . .
Tapi jangan keluarkan statement macam tu . .
Berdosa !
Mempermainkan hukum Allah . .

Makhluk yang menentang dan mempersoalkan hukum Allah ni siapa ?
Syaitan tau ta !
Korang pernah baca sejarah syaitan ?
Pernah ?
Hanya syaitan yang menentang hukum Allah ni . .
Ingat diorang mempersoalkan perintah Allah supaya mereka sujud kepada Adam . .
diorang mempersoalkan perintah tu . . kemudian mereka menentang perintah tu . .
Menentang dan mempersoalkan perintah Allah . .
Nak jadi sama seperti itu ?
Korang pikir²kanlah . .

First Time taw!!

Alhamdulillah...
puasnye hati aku.. dapat marah orang yang terlalu sabar ngan aku dan always ambil berat pasal aku la konon. mesej tiap-tiap tu maknenye take care sangat la tu.. err tolonglah.. tak faham tol aku.. aku dah tanye elok-elok tapi ngada-ngada sangat nak berahsia la konon.. piraaaHhh! beria saye awak mula-mula last-last aku kurang ajarkan sikit bahasa aku.. terkeluar segala bagai aku punye brutal.. padan muka.. kalau cakap elok-elok tak jalan dengan dia tu.. sakit hati btoi.  last sekali tau pulak nak mintak maaf.. bertalu-talu mesej masuk dari dia je.. sampai tak larat nak baca..

Dan yang paling aku rasa macam ape ye..? tak tau la nak cakap perasaan tu macam mane.. first time aku maki orang dalam phone. dan time itu juga la aku boleh cakap macam-macam yang jarang aku cakap. antaranye..... macam-macam la.. susah nak cakap. rasa puas yang teramat sangat. yang paling aku sakit hati bila dia seolah-olah hina aku.. INI SUDAH LEBIH! dah la nak kat aku pastu buat kat aku macam tu la. memang panaihh!! ayat dia yang aku tak boleh lupa.."BRUTAL SAKAI".

Memang hati aku sakit sangat. aku mula--mula tak sangka dia macam tu. dan aku juga tau yang dia mesti tak sangka yang aku pun akan maki dia habis-habisan.. hahaha. puas hati aku. dan yang tak boleh blah bila dia kata semua ni main-main je. dia dah tau dia yang salah sebenarnye sebab tu la dia cakap macam tu. ada jugak ye orang macam tu..

Memang dalam hati aku macam tak nak tengok and baca langsung mesej dia. macam orang tak faham bahasa je.. tapi nasib baik aku masih ada hati perut. aku dah cakap.. pergila cari orang lain.. tak nak.. pelik.hurrmm...

aku bukan nak benci tapi aku bengang nape dia buat macam tu. katanya nak berlawak. lawak ape macam tu? memang lawak pun sampai nak hancur phone aku dibuatnye.. nasib baik aku dah maafkan but aku tak boleh nak hilangkan rasa sakit hati ni.. tak tau la kenapa.. maybe kali pertama dapat marah orang sebab seumur hidup tak pernah marah orang sebegitu rupa.. aku berharap sangat dia berubah. jangan nak terus jadi panas baran.. susah tau dengan orang panas baran ni..

last sekali aku cakap kat dia jangan kacau saya selagi saya tak mesej..
itu je yang mampu aku cakap sebab hati aku sakit sangat-sangat..
sakit yang teramat.. 
nasib baik ada gak orang yang sentiasa bagi aku tersenyum..
terima kasih banyak-banyak..

Cinta yang dicari pasti akan pergi, cinta yang datang pasti akan kekal..

Ya allah.. hanya engkau yang tahu.. :)

aku baru dapat satu wall photo seseorang. cute sangat. geram aku tengok.
ayat dia pun cute..
tapi niat aku bukannya nak ikut ayat gambar tu..
just suka je tengok gambar tu..
hehehehe..

Jika Itu Milik Kita..

‎"Jika sesuatu itu milik
kita, sesulit apa pun
jalannya..pasti akan
menjadi milik kita,
kerana memang ianya
untuk kita...
tetapi, jika sesuatu itu
bukan milik kita,

walaupun mudah
jalannya...walau bersusah
payah kita ingin
mendapatkannya, tidak
akan pernah jadi milik
kita...kerana memang
ianya bukan untuk kita..."
ingat yew!!! ♥

ReNuNg2 KaN LaH..

Kalau bercinta ♥, jangan berkepit macam belangkas ♥, hantar surat berbelas-belas ♥, SMS berbalas-balas ♥, masa dating sebelah tandas ♥, berpeluk-peluk dalam bas ♥, asyik menjeling dalam kelas ♥, minum air perghh kongsi segelas ♥

Bila ada konflik ♥♥ , haa mula la nak frust ♥, nak tunai solat pun malas ♥, tak dapat tumpu study dalam kelas ♥, waktu result nak keluar tahu pulak cemas ♥, takut exam ta...k pass ♥, tup tup awek sendiri kena kebas ♥, kesian.. melepas..

So ♥♥, jadilah couple yang ada class ♥, berdating ikut lunas ♥, bergaul ada batas ♥, jaga maruah dengan tegas ♥, syariah dijaga dengan jelas ♥, tutur kata sentiasa beralas ♥, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas ♥, janganlah bimbang ♥, cintamu pasti berbalas ♥



‎~✿..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali..
ADAKAH sebenarnya DIA yang kamu cari atau cintaNya? 
ADAKAH yang bertapak di hatimu betul-betul CINTA SEJATI atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS? 
BENDA manis pun ada tarikh luputnya tahu? 
ADAKAH insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak? 
BOLEH pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA? 
BOLEH MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA MU? ✿~