SALAM ZIARAH. BLOG KU INI MENCARI KEBEBASAN, KESEMPURNAAN, KEDAMAIAN DAN KEKAYAAN DALAM KEHIDUPAN YANG DIREDHAI OLEH ALLAH SWT.









rindu korang!!

kami ni memang rock ckit.. 

dari kiri: safar(mama), mazaya(yaya), syafiqah(ibu)
kiri bawah: aku(kakak cirit), tkah(kaka), nisha(kakak garang)

berakhir sudah..

ALHAMDULILLAH.. berakhirlah sudah seksaan yang aku lalui sepanjang tahun ini(sebenarnya bukan terseksa sangat pun) iaitu peperiksaan PMR. bila pikir balik sekejap je masa ni kan.. tup tup aku da pmr. lagi dua tahun aku nak spm. perghh.. semakin tua umur aku ni. spek mata pun da asyik melekat kat muka.. tapi perangai still macam budak-budak.. haha :P

sekarang ni just wait for the result je laa.. usaha, tawakal dan redha dengan segala pemberian Allah SWT. Dia Yang Maha Mengetahui segala-galanya... yang penting aku kene pandai set up aku punya future dan sedia menghadapi segala cabaran dan pancaroba.. aku juga perlu sentiasa berani dan selalu muhasabah diri. and the most important, say no to 'couple'. dulu aku ni memang cepat terpengaruh.. sekarang tak lagi. hahahaha. kalu ada pun semuanya budak lelaki kelas aku je.. diorang memang lelaki terbaik pernah aku jumpa. susah nak jumpa lelaki macam diorang dalam dunia ni.. (ye ke..?)

aku harap aku dapat keputusan exam dengan flying colours.. aku nak sangat tengok family aku bangga ngan aku. aku nak juga balas jasa dan pengorbanan diorang. memang tak ternilai beb.. aku sayang sangat ibu dan ayah aku... tersangat.. amat.. more than the valuable thing in the world..

biar je la..


bila tengok gambar ni teringat kat cermin mata aku.
waaa..
tapi sayang.. dia akan kat dalam lubang tandas sekolah aku..
aku tak sanggup nak ambik..
tak pe la..
biarlah dia pergi dengan aman..

p/s : saya akan tetap sayangkan awak wahai cermin mataku.. selamanya. awaklah cinta pertama saya.. huhuhu.

dunia aku tak best kalau aku tak de korang...



aku sayang Nazifi sebab dia misteri dan ambil berat tentang rambut.. 
aku sayang Halim sebab dia sporting, muka bajet, dan suka perasan..
aku sayang Juvan sebab dia terror in math and science serta macho..
aku sayang Aiman sebab dia suka sembang benda yang mengarut tapi bermakna..
aku sayang Saiful sebab dia panjang, tinggi dan sangat hensem..
aku sayang Luqman sebab dia suka buat lawak spontan yang best..
aku sayang Mazaya sebab dia bagaikan pengerusi persatuan gadis 3rk1. faham kan?..
aku sayang Tira sebab dia suka melatah dan cute..
aku sayang Hanis sebab dia happy, dan juga sayangkan haiwan terutamanya orang utan..
aku sayang Atikah K sebab dia baik, periang dan gelak kalau boleh nak runtuhkan kelas..
aku sayang Syafiqah sebab dia lembu putih. haha...
aku sayang Husna sebab dia comey, dan gugirl terkiut pernah aku jumpa..
aku sayang Nisha sebab dia kembar aku yang best..
aku sayang Alif sebab dia suka tengok kartun..
aku sayang Farris sebab dia tak pernah marah aku, malah suara dia lagi lembut macam Doraemon..
aku sayang Ammar sebab banyak benda dah aku kongsikan ngan dia..
aku sayang Afiq sebab aku suka belasah dia.. boboy..
aku sayang Syafiq sebab dia diam-diam, ubi berisi..
aku sayang Atikah Yusof sebab dia suka bagi kelas kelam-kabot..
and.. aku sayang Tasha sebab dia selalu cakap "tak payah nak ............ ni sangat la.."

Do not cheat yourself if you do not know how to cheat ..

HAI SEMUA! ASSALAMUALAIKUM..
waa.. lamanya tak update blog.. huhuhuhu~
hari ni aku juz nak kongsikan satu rahsia. berkaitan dengan hati dan perasaan. bukan pasal 'cintan-cintan' ni.. tapi perasaan atau satu rasa yang mungkin ada pada kita sendiri atau the people around us. do you believe or not?.. (bajet macam pakar motivasi lak aku ni!)


okey la.. semua ni pasal pengalaman aku sendiri. aku suka tengok perangai orang.. macam-macam jenis perangai ada. ada yang baik, ada jugak yang tak baik. kita ni bukannya boleh tegur orang sangat. nanti kita yang kene balik. betol tak? erm.. main topic aku sebenarnya aku nak cerita pasal perangai seseorang yang tak reti nak mengaku kesalahan diri. susah betul nak mintak maaf. dia akan pastikan dia yang menang. kalau dia kalah, dia akan pastikan dia jugak yang menang. sakit hati kan? lepas tu, suka tipu diri sendiri pulak tu. akibat ego yang menebal dalam diri, dia susah untuk menyatakan kebenaran sedangkan dia tahu dia memang bersalah. kebanyakannya masalah banyak berlaku pada lelaki tapi aku rasa perempuan yang paling menonjol sekali. memang panaih ah~!! 
     and one more thing.. sometimes aku rasa susah nak dengar luahan hati orang. orang selalu ceritakan macam-macam kat kita pasal diri dia tapi kita malas nak dengar. bukan ape.. aku selalu gak berfikir secara LOGIK kenapa aku susah sangat nak layan cerita dia.. mungkin sebab:-
  • dia pun tak pernah nak layan cerita aku..
  • dia suka cerita benda yang sama dan rasa dah jemu ngan cerita dia.
  • atau cerita dia tak best. atau cerita dia membuatkan hati kita terasa atau sebab dia asyik cerita pasal dia yang 'bagos' sangat tu..
  • kadang-2 tak bagi peluang kat kita nak cerita jugak
  • dan mungkin sebab tak tahan ngan mulut dia sama ada sebab mulut laser atau berbau. hahahaha.. lawak la pulak.
erm.. tapi apakan daya.. kita sape nak tutup mulut orang.
aku paling tak suka sembang pasal yang benda yang aku tak suka dengar. kadang-kadang aku tak nak mengumpat tapi terkeluar jugak.. sebab tu la ada pepatah..
KERANA MULUT BADAN BINASA or  because the body's mouth destroyed.
sometimes I don't know how to be honest..
especially for the sensitive person..



kadangkala aku tak sedar apa yang aku cakap adalah benar atau sedap mulut berkata..
kadangkala aku sendiri yang tak sedar apa yang aku luahkan dan apa yang akan terjadi selepas itu..
kadangkala aku sendiri yang tak sedar kesilapan diri dan asyik mencari kesalahan orang lain..
Ya Allah.. sedarkanlah aku untuk menjadi seorang manusia  yang sentiasa bersyukur akan pemberianMu dan sentiasa redha dengan ujian dan sabarkanlah aku dengan dugaan yang Engkau berikan kepadaKu..
~Amin~

~'PuLUn'~

Assalamualaikum .. ^_^
rindu kat blog.. hehex. hanya satu aku nak cakap sekarang ni..
AAAAAAAAARRRRRRRRRRRRGGGGGHHHHHHHHHHHH!!
apa dah jadi ngan aku ni?? apa masalah aku sekarang? sapa yang dah buat aku jadi begini? aku ada buat salah ngan orang ke? aku ni bodoh sangat ke?
???????
Ya Allah.. aku sedih sangat. keputusan peperiksaan aku kali ni sangat menyedihkan dan tidak memuaskan langsung.. aku dah cukup usaha dah.. aku dah banyak berdoa.
tapi... mungkin aku perlu lebih berusaha lagi. aku hanya dapat 8b. cuma 8b. tak kan dalam pmr nanti aku nak bagi dapat 8b jugak? aku tak nak 'b'. aku nak A.
AAAAAAAAAAAAA!!
markah aku sumenye sipi-sipi je.. semuanya 75 ke atas. Matematik, Sains, Bmelayu satu markah je lagi untuk dapatkan A. kawan-kawan aku semuanya 6A,5A. aku? habuk pun tak de..
ni ke budak yang ditarget 8A..? 8B je kamu dapat..hurmm..
walaupun aku tau peperiksaan kali ini cuma pra tapi aku cuba hendak berikan yang terbaik.. aku nak buktikan semua itu yang aku pun boleh tapi nape aku tak boleh..
Mungkin Allah masih tak izin.. Ya Allah.. berilah kejayaan kepadaku. Bantulah hambaMu ini..
tapi ...
tak bermakna gagal kali ini aku akan gagal selamanya.. NOPE!
korang tunggu la peperiksaan yang betol nanti.. aku nak pulun sampai boleh. aku nak tunjuk yang sebenarnya aku pun pandai. aku akan buat 8B aku tu bertukar jadi 8A!! insyaAllah..
Hanya padaMu aku berserah segalanya..
aku juga berharap agar masalah persahabatan aku menjadi baik..
puncanya disebabkan aku sendiri walaupun aku tau bukan aku yang salah..
biarlah aku yang beralah. aku perlu berfikiran logik untuk menyelesaikan masalah..
tapi bagaimana aku nak terangkan pada diorang yang aku sebenarnya bukan perempuan yang senang lenang boleh terpedaya dengan lelaki. aku single ok. aku tak couple pun ngan mamu either or aliff akmar..
niat aku ke sekolah nak belajar bukannya nak rebut lelaki..
tolonglah faham..
dan sekarang ini, puncanya masalah aku ini berpunca dari mamu bengong yang hitam dan kurang ajar dan menyusahkan orang tu.. aku memang dah lama tak puas hati ngan ko. sebab ko, ramai yang tak percaya ngan aku.. sebab ko.. ramai yang salah sangka ngan aku. sebab ko juga, hidup aku tak senang. ko pergi mampos la.. jangan kacau hidup aku. apa ko nak dari aku sebenarnya?
aku dah tak layan ko. apa ko nak lagi? pergilah dari hidup aku. kalau boleh aku tak nak dengar nama ko dan jangan harap nak tengok muka ko lagi.
tak lalu aku nak tengok muka ko ok!! ko sekarang ni musuh utama aku..
aku nak belajar. aku belum cukup ilmu nak berjaya. tapi ko buat niat aku nak belajar terbantut. ko rosakkan persahabatan aku dan ko buat kawan aku buruk sangka ngan aku.. ok tak pe..
ko boleh terlepas tapi ko tak boleh terlepas dari Allah..
sekarang ni, ko boleh duduk jauh-jauh ngan aku dan jangan kacau aku.. 
aku nak tenangkan diri dan mencari penyelesaian masalah.
tugas aku sekarang ni. belajar, study, exam straight A..
dah masuk u, berjaya, aku kerja yang baik-baik and enjoy with my own life.
aku happy ngan family aku sudah memadai bagi aku.
asalkan ko tak kacau hidup aku...




I miSS yoU GuyS..



wow! dah lama aku tak update blog. do you know how much I miss you.. since when aku tak update ha?? da dekat sebulan la kot.. waaa.. rindunye..!

Baru-baru ni aku ada pergi kem skor A khas untuk pelajar yang terpilih dari daerah manjung. cuma 4 buah sekolah je yang terpilih. Smk Ahmad Boestamam, Smk Seri Manjung, Smk Seri Samudera and sekolah baru, Smk Dato' Seri Kamaruddin. I bet it awesome!
mula-mula memang rasa boring sangat sebab perjalanan kitaorang dengan hujan, bas datang lambat.
memang kami sumpah seranah la.. tapi bila dah sampai kat sana, everything was different..
kami sampai kat sana pukul 4 lebih macam tu la..
tempat pun menarik, boleh tahan dan sesuai untuk kem..
semua pelajar ada 80 orang.. kami ni 'the chosen one' sebab terpilih.. (ye la tu)
malam pertama kami (malam pertama? len macam je..) semuanya ok. tidur pun selesa. tempat mandi pun ok. tandas pun not bad dan dewan makan pun boleh la...

mandi tak de masalah.. cuma biasalah bila ternampak 'benda tak sepatutnya' kat belakang tandas tu.. ramai budak perempuan yg uzur.. so, its normal thing.
tapi, yang best nye bila kami dibahagikan kepada 8 kumpulan.. semua sekolah digabungkan..
aku kumpulan yang ke4.. Best siott!!
aku try nak ingat balik geng aku..
  1. aliff -- jadi penghulu kem tu and ketua kumpulan 4. seorang yang alim dan segak dan adakalanya poyo sedikit. 'kepoyoan' terserlah bila nama fb dia Yb Aliff Akmar..
  2. hairie -- seorang yang sporting dan kuat jelez. kuat jelez bila tgk orang lain mendahului dia. digelar 'awan nano' kerana mukanya macam Hafiz af7. budak hot manjung!
  3. saufi -- pemalu dan diam je.. badan kurus je tapi kuat makan.. suka senyum. bila nyanyi dia la yang bersemangat.. pandai ambil peluang..
  4. najmi-- budak smkkdsk. tangan sentiasa melekat handphone sebab takot awek lari.. sporting. bersifat 'kejantanan'. aku pernah tgk dia menangis.. sian dia.. huhu..
  5. sorang lagi tak ingat la.. dia terlalu pemalu..
  6. zam -- budak samudera.. nama sebenar dia zamzurina.. pandai nyanyi. suka jadi ketua. peramah dan cantik. dia yang tegur aku bila aku sampai kat sana..
  7. syamila -- pandai speaking. sporting sangat. memahami perasaan orang. bersifat keibuan.. selalu buat org happy.
  8. mira.. budak smab
  9. aqilah.. budak smab.. da kenal da..
  10. and aku la...(^^)v
kenangan yang aku tak leh nak lupa bila kami sekumpulan kene bawa sebatang lilin tanpa terpadam sampai ke Jeti Kg Baru. memang asyik terpadam je.. tapi kami main tipu.. memang seronok main tipu.. hehehex

bila hari yang terakhir semuanya liat nak balik. masing-masing tak nak balik dan perkataan nye adalah rindu kat kawan-kawan.. sampai sekarang aku rindu kat diorang..
perkara terakhir yang aku sempat tinggalkan kenangan ialah tangkap gambar ngan Aliff.
memang seronok gler! hehehe~

aku rindu kat korang.. aku rindu bila belajar kita semua tido ramai-ramai. bila makan beratur ramai-ramai. bila nyanyi semangat ramai-ramai..

aku hanya tak leh lupa semasa kami kat sana di hari yang terakhir bila kami semua kene buat persembahan depan ibubapa. kumpulan yang terakhir yang best!! miss u all!!

alif ba ta(zul) and Aliff

aqilah.. teman seperjuangan..
hairie shahrin
syamila amirah
saufi pemalu
zamzurina..



 ni semua gambar-gambar geng aku. gambar najmi, syamira and sorang lagi je yang tak de..
tak pe.. asalkan ade..

just one question..

masuk hari ni masuk 29 februari 2012 dan adalah tahun lompat yang akan memberi seribu makna kepada aku untuk tahun ini. tahun ni aku periksa PMR yang sememangnya sekali seumur hidup dan juga aku akan sambut birthday aku malam raya Aidilfitri.. Awww.. tahun lompat yang sweet..

 tapi..
ada benda yang selalu aku akan fikir..
adakah aku benar-benar sudah menjadi manusia yang matang dan dapat membezakan antara yang buruk dan yang baik. aku rasa sudah. secara logiknya aku sudah patut tahu segalanya tentang diri aku and surrounding.
benda yang selalu aku pikir adalah adakah ramai yang membenci aku dari ramai orang yang menyenangi aku..?
aku ni teruk sangat ke? apakah pandangan orang lain terhadap diri aku..? or dalam kata lain yang sesuai untuk remaja yang baru nak up macam aku ni, aku ni gedik sangat ke? mengada-ngada ke? siapakah antara orang yang terdekat dengan aku.? siapakah yang selalu tak puas hati ngan aku.?
 aku yakin 100% yang mesti ramai  yang tak suka kat aku. orang yang rapat ngan aku pun mesti tak percaya kat aku sangat.. aku tak tau la sama ada diorang anggap aku ni ape? sebagai kawan or musuh or so on..
aku bukannya hendak berfikiran negatif tetapi aku ingin enjoy ngan korang. aku masih lagi mencari jawapan yang dah lama aku nak tnye kwn2 aku tapi aku macam tak sanggup. nanti apa pulak kata diorang. aku ke sekolah untuk belajar dan berjaya serta melatih diri aku untuk bersosial dengan rakan sebaya aku atau sesiapa sahaja.. x kesah la sape pun.. tapi aku penah rasa aku ni tak penah ada orang suka pun dengan aku. macam aku ni memang tak layak untuk dilayan dengan baik.. kenapa haa? aku penah layan korang macam tu ke? maybe aku ada salah tapi aku tak penah meninggikan suara dengan orang. aku terlebih bergurau ke?
gurauan aku tu menyakitkan hati korang ke? kalau ada aku tau aku yang salah..
tapi.. bila korang cakap mamu mamu mamu tu aku tak de plak nak kecik hati. aku mengaku sememangnya aku kecik hati sangat2. tak de nama lain ke nak sebut. aku tak suka bila orang cakap macam tu. seolah olah aku tergila gila sangat kat dia..
aarrggghhh.... hidup ini sememangnya tak adil..
tapi tak pe.. aku akan sentiasa berfikiran positif. setiap manusia ada kekurangan .. insyaAllah dengan izin Allah aku akan cuba membaiki kesilapan aku agar aku terus menjadi manusia yang jauh dari fitnah dan sentiasa disenangi orang ramai.. InsyaAllah.. aku akan senantiasa mendoakan kawan2 yang aku sayang..
especially my beloved friends in 3 rk 1.
n my steady teacher, miss mahani,..<----satu-satunya guru yang selalu memberi aku kesedaran .

anyway, aku sayang semua orang yang mengenali aku. korang tak de salah pun ngan aku...