SALAM ZIARAH. BLOG KU INI MENCARI KEBEBASAN, KESEMPURNAAN, KEDAMAIAN DAN KEKAYAAN DALAM KEHIDUPAN YANG DIREDHAI OLEH ALLAH SWT.









just one question..

masuk hari ni masuk 29 februari 2012 dan adalah tahun lompat yang akan memberi seribu makna kepada aku untuk tahun ini. tahun ni aku periksa PMR yang sememangnya sekali seumur hidup dan juga aku akan sambut birthday aku malam raya Aidilfitri.. Awww.. tahun lompat yang sweet..

 tapi..
ada benda yang selalu aku akan fikir..
adakah aku benar-benar sudah menjadi manusia yang matang dan dapat membezakan antara yang buruk dan yang baik. aku rasa sudah. secara logiknya aku sudah patut tahu segalanya tentang diri aku and surrounding.
benda yang selalu aku pikir adalah adakah ramai yang membenci aku dari ramai orang yang menyenangi aku..?
aku ni teruk sangat ke? apakah pandangan orang lain terhadap diri aku..? or dalam kata lain yang sesuai untuk remaja yang baru nak up macam aku ni, aku ni gedik sangat ke? mengada-ngada ke? siapakah antara orang yang terdekat dengan aku.? siapakah yang selalu tak puas hati ngan aku.?
 aku yakin 100% yang mesti ramai  yang tak suka kat aku. orang yang rapat ngan aku pun mesti tak percaya kat aku sangat.. aku tak tau la sama ada diorang anggap aku ni ape? sebagai kawan or musuh or so on..
aku bukannya hendak berfikiran negatif tetapi aku ingin enjoy ngan korang. aku masih lagi mencari jawapan yang dah lama aku nak tnye kwn2 aku tapi aku macam tak sanggup. nanti apa pulak kata diorang. aku ke sekolah untuk belajar dan berjaya serta melatih diri aku untuk bersosial dengan rakan sebaya aku atau sesiapa sahaja.. x kesah la sape pun.. tapi aku penah rasa aku ni tak penah ada orang suka pun dengan aku. macam aku ni memang tak layak untuk dilayan dengan baik.. kenapa haa? aku penah layan korang macam tu ke? maybe aku ada salah tapi aku tak penah meninggikan suara dengan orang. aku terlebih bergurau ke?
gurauan aku tu menyakitkan hati korang ke? kalau ada aku tau aku yang salah..
tapi.. bila korang cakap mamu mamu mamu tu aku tak de plak nak kecik hati. aku mengaku sememangnya aku kecik hati sangat2. tak de nama lain ke nak sebut. aku tak suka bila orang cakap macam tu. seolah olah aku tergila gila sangat kat dia..
aarrggghhh.... hidup ini sememangnya tak adil..
tapi tak pe.. aku akan sentiasa berfikiran positif. setiap manusia ada kekurangan .. insyaAllah dengan izin Allah aku akan cuba membaiki kesilapan aku agar aku terus menjadi manusia yang jauh dari fitnah dan sentiasa disenangi orang ramai.. InsyaAllah.. aku akan senantiasa mendoakan kawan2 yang aku sayang..
especially my beloved friends in 3 rk 1.
n my steady teacher, miss mahani,..<----satu-satunya guru yang selalu memberi aku kesedaran .

anyway, aku sayang semua orang yang mengenali aku. korang tak de salah pun ngan aku...

lolzzz...

ingatkan orientasi tadi best sangat la..
tapi, perghh.. tak masuk langsung.. aku tak tahu apa benda yang sebenarnye dibincangkan..
kebanyakkannya slot-slot sudah dibuat tahun lepas. cara tulis nota.. cara mengurus masa.. alamak.. what the fish semua tu.. rasa terbakar je.. cuba la bagi slot-slot yang menarik minat kami sebagai pelajar yang bakal menduduki pmr.. ni sumpah tak best.. dah la dengan bising je. kenapa budak laki tak reti langsung nak hormat cikgu kat depan yang tengah bercakap haa? aku rasa macam nak sepak sorang-sorang je tadi. dah la aku tak dengar dengan tak paham tambah pulak dengan suara hingar-bingar macam depa yang bercakap.. aaaiii.. sabo je la..
bila cikgu cakap pelajar rk ni patut turun kelas tau pulak budak laki cakap tak nak. abes tu korang nak ape lagi? kalu nak sembang pun tunggu la balik nanti ke, kat kantin ke.. ni tak.. nak sembang gak.. padahal bukan sembang ape pun. mengarut yang bukan-bukan.. cubalah jadi gentle sikit.. pastu, bila cikgu suruh cakap kat depan, tak nak pergi pulak!! dasar pengecut!!
wahai lelaki seluruh malaysia.. sangggup ke digelar lelaki lembik? so, tak hairan kalau ramai wanita yang berkejaya or yang berjaya sanggup ikut lelaki asing ke negara mereka. sebab.. lelaki asing lagi gentle dari lelaki malaysia.. erm.. tapi tak elok la kawin ngan orang asing.. seeloknye orang melayu.. tapi.. berapa banyak lelaki melayu yang gentle..? 
hehehe.. aku saje je sentuh pasal ni sebab slot cikgu ariffin je yang menarik minat aku... dan juga masa miss mahani tangkap gambar.. tu je yang dapat aku simpulkan masa orientasi tadi.. huh.

hahahahahhahaha.. sumpah tergoda ngan satu lelaki melayu ni.. dan dia bersekolah di sekolah aku.  wowo.. 
selamba rock je jalan kat dorm dia atau lebih sesuai dipanggil kat asrama, dia tak pakai baju. makkk!! memang gentle! body pun ada muscle.. tak sangka rupanya. nampak macam chubby je tapi ada muscle cukup.. hebat la awak.. awak buat saya tergoda.. sampai baca Asmaul Husna masa perjumpaan puteri islam tadi pun macam tak baca je.. sebab tengok awak la.. hohohoho.. saya aim awak nanti.... nasib baik awak pun aim saye.. haha..

astagfirullah shalin..


sudah sempurnakah aku..?

ASSALAMUALAIKUM..
saban hari aku selalu terfikir sudah sempurnakah aku dengan kewajipan aku sebagai seorang wanita dan hamba Allah yang solehah dan beriman? maksud aku disini lebih menekankan dengan aurat aku.. sudahkah aku menutup aurat aku..? jawapannya ENTAH.. why shalin? is there anything that you can't do? is this hard shalin? or it is hard to pretend it..? 
i don't know.. or.. i need to study more to be the perfect women.. but how..? 
adakah aku perlu memakai tudung yang labuh sampai ke lutut? i think yess.. but no..
arghhh... adakah disebabkan aku ni masih remaja.. err.. Ya Allah.. bantulah hambaMu ini..


aku ingin menjadi seorang perempuan yang betul diredhai Allah SWT tapi kenapa aku tidak mencuba jadi seperti itu.. kenapa aku selalu jadi gadis yang mudah terpengaruh pada fesyen2 yang betul2 sesat. aku rasakan artis itu ikutan yang terbaik. padahal aku ada ikutan iaitu junjungan besar Nabi Muhammah SAW yang paling patut aku contohi. adakah aku amalkan warisan Nabi Muhammad iaitu Al-Quran dan Sunnah yang terkandung perkara2 yang patut aku ikut? especially about my aurat.. bodohkah aku..? lebih utamakan dunia dari akhirat yang kekal..
aku takut dengan Allah tapi.. aku macam tak takut je.. why shalin..? why? 
aku ingin jadi yang terbaik disisi Allah tapi kenapa aku memilih yang lebih dipandang manusia..
aku tidak mahu jadi tabarruj..

TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. 
Ya Allah.. ampunilah aku..
patutkah aku memakai sebegini..????

Tirulah pakaian sebegini...
nampak ayu sangat..
Jadi adakah anda sudah sedar dosa – dosa yang wanita tidak sedar? Menayang kecantikkan di Facebook sehingga menyebabkan lelaki terpegun dan jatuh hati. Semoga artikel ini dapat menyedarkan saya dan anda semua..

begitulah awan nano nano nano..

untung la hafiz.. memang dapat berpuluh-puluh ribu.
anyway, congrate. sumpah lagu awan nano meremangkan bulu roma aku..

baju memang simple je tapi vokal perghh..
dulu aku tak minat langsung ngan Hafiz ni tapi bila dengar suara dia, makkk cair aku dengar.
dulu, i hate him coz i hate his hair style like a maggy. really really annoyed.
aku rasa boleh lap lantai..
tapi sekarang rupa bukan ukuran..
hahaha
anyway, hafiz the best!

tiba-tiba teringat kat luqman sebab nama dia al-hafiz..
luqman the awesome boy!! hehe

Luqman Hakim Al-Hafiz..

suratku tahun ini..

Kehadapan JANUARY,
Apa kabar FEBRUARY? Tolong
beritahu MARCH yang APRIL
cakap
MAY akan datang sebelum JUNE,
Saya dengar JULY akan berkahwin
dalam bulan AUGUST,
Bagaimana dengan SEPTEMBER
dan anak-anaknya?
Kirimkan salam saya pada
OCTOBER dan jangan lupa
beritahu NOVEMBER bahawa
kawan-kawan saya yang
membaca ini akan menghadapi
DECEMBER yang indah lagi!!!...:) :)
Selamat menyambut hari-hari
terakhir di bulan December tahun
2012



(sebenarnya tengah boring. tu la yang merepek ni... )

Kami Memang Cool..!!

gadis-gadis 1997.huhuhu

peewwiitt!! jejaka-jejaka smk ahmad boestamam. boleh tahan kan??

alif:    safar nak sikit air. hehe
safar:  boleh.. boleh belah.!!
alif:    alaaaa.. fine!


Inilah geng rk1. rindu dekat Sabirah bila tengok drama ni. huhu.
kami ni gila-gila sikit. umur je da 15 tahun tapi perangai kami baru 10 tahun.
kami macam budak-budak. kami suka sangat main-main.
itulah hobi kami.
kami ni sekepala. sumenye kami bincang bersama. jarang kami buat hal sendiri. kalau ada sportcheck mengejut kat sekolah, para pengawas yang berkarisma dalam kelas kami la yang backup kami. best kan?
(tak leh lupa. satu bakul sampah penuh liquid paper. nak sorok punya pasal.. hehe!)

walaubagaimanapun..
time belajar kami memang concentrate sepenuhnya..
kami ni boleh dikatakan kelas contoh la.. ramai cikgu puji. hehe
ramai cikgu puji sebab kami ni dengar cakap cikgu.
homework majoriti siap..!
folio cepat dan pantas kami siapkan..!
assignment kami setaraf budak u..!
terror kan kami..

bila nak main, kami main puas-puas..
bila belajar, kami belajar betul-betul..
bila tengah tension, kami stress ramai-ramai..
bila tak siap homework, kami 'rancang strategi ramai-ramai'..
dan yang paling penting.....
bila nak PMR nanti..
kami nak straight A ramai-ramai..
Insyaallah..
bila kerja, kami galas semua pangkat tinggi-tinggi ramai-ramai..
wohooo..
Insyallah..
kami akan sentiasa bersama...
PERSAHABATAN TIADA TANDA NOKTAH.




Saayyyannggg Ibu!!

Today is my mother's mother. Why time walk so faster. and now my mother is 38 years old. how young she is right?? hehehehe. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah jumpa perempuan sehebat ibu aku.. she really really awesome! dia tak pernah buat aku sakit hati. selalu bagi aku nasihat-nasihat yang memang terbaik. aku selalu dengar cakap ibu aku(tak semua). ibu aku selalu pesan yang suruh belajar pandai-pandai. dan yang paling menyentuh hati, ibu aku sanggup ambil lesen untuk menghantar aku ke sekolah sejak aku melangkah masuk sekolah menengah. ibu cakap ibu tak sanggup tengok aku balik naik bas panas-panas. (Sob3) dan dengan izin Allah, ibu aku just test lesen dengan sekali test je ujian komputer. lihatlah.. betapa sayangnya ibu terhadap aku..
 aku ni?
jarang dengar nasihat ibu.. selalu nak enjoy je. tak mengenang budi langsung. I'm selfish. 
sekarang ni baru aku tau pengorbanan ibu aku setelah aku ingin melangkah 15 tahun. sepanjang 15 tahun aku hidup, aku dapat rasa betapa susahnya nak bela aku ni. tapi ibu aku relax je. steady je. hebat kan? 
mulai dari sekarang, aku akan berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dan akan menjadi orang yang berjaya. aku mahukan airmata kegembiraan seorang ibu bukannya air mata kesedihan seorang ibu.. kak yong ssssaaaayyyyaaannnggggg sangat sangat sangat sangat sangat dekat ibu. kak yong sayang dekat ayah juga.
terima kasih ibu!
and...
Happy birthday yang ke-38..
mmmuuaahhhhh..!!!!!!!!!



happy family for ever!!


The Ugly Aki..


Cuba Korang hayati Cerita Yang Sweet ni..
comel sangat.
percayalah.. ada orang yang akan menyayangi kita walaupun apa yang berlaku..
hehehe.. dan yang paling penting, hormatilah SECRET ADMIRE anda.. huhuhu

HaPpY NeW yeAr 2012

Rasanya masih belom terlambat aku nak ucap selamat tahun baru 2012.
Alhamdulillah, Allah panjangkan umur aku dan aku masih bernyawa dan dapat untuk bersama dengan insan-insan yang aku sayang serta dapat mengharungi peperiksaan PMR untuk tahun ini. Insyaallah..
erm.. about my wish for this year?
rasanya tak de ape yang berubah. azam aku just tak nak tinggal kan solat 5 waktu dan tinggalkan semua perkara yang negatif dalam hidup aku. Hormat ibu ayah aku, guru-guru dan semua orang yang aku sayang. tak kira yang tua atau yang muda. mereka semua sangat bermakna dalam hidup aku. aku saaayyyyaannggg sangat kat kamu semua. And, the most important, target aku untuk tahun ni adalah untuk mendapat straight A' dalam PMR. wohoo..!!
Caya lah Shalin~ ko ni mmg hebat la(syok sendiri.zzz)


Ya Allah..

Ya Allah.. sedihnye hati aku. aku tak tau nak cakap ape. sedih sangat. tak tau sama ada kami yang salah atau kucing itu yang salah.. selamatkanlah kucing itu Ya Allah. Maafkanlah dosa kami Ya Allah, kami tidak tahu, jangan hukum kami Ya Allah. Masukkanlah kucing itu ke dalam syurga. Kami tidak tahu yang kucing itu akan melintas. dan tanpa tidak sengaja, kami telah terlanggar kucing itu. dan pada masa yang sama, aku nampak kucing berwarna putih yang bertompokkan hitam berlari sambil kakinya terkehel di sebelah kiri. Ya Allah, sedihnya hati aku waktu itu, aku rasa berdosa. aku tidak tahu yang kucing itu akan melintas semasa kereta kami sedang melintas. Ya Allah ampunilah kami..


Petang tadi ibu aku pergi ke tempat tersebut untuk melihat kucing tadi tapi..
dia dah mati, sedihnya hati aku Ya Allah. Allah sahaja yang tahu macam mana hati aku. tapi Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kucing itu tidak terseksa menahan kesakitan. Syukur dia mati. tak la dia terseksa nanti.. Syukur Alhamdulillah..


Ya Allah, sekali lagi aku memohon agar kucing itu diselamatkan.. Amin~~
Mulai hari ini, aku akan sentiasa menyayangi kucing..
Aku tak nak namapak ada lagi kucing yang teraniaya..
Amin ya robbal alamin~~


sayangilah kucing kerana kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW