SALAM ZIARAH. BLOG KU INI MENCARI KEBEBASAN, KESEMPURNAAN, KEDAMAIAN DAN KEKAYAAN DALAM KEHIDUPAN YANG DIREDHAI OLEH ALLAH SWT.









NEVER BE APART :)

THOUGH MILES MAY LIE BETWEEN US
WE ARE NEVER FAR APART
FOR FRIENDSHIP DOESN'T COUNT MILES
ITS MEASURE BY THE HEART

~SWEET MEMORY~

WE'RE NEVER BE APART

SUNGAI WANGI TEENS
RK FOREVER 

ICH LIEBE DICH
ICH DENKE AN DICH
LOVE 3RK1.

~I CAN'T WAIT FOR THE RESULT~

semakin lama aku semakin stress, tension, stress, tension, stress, tension..
arrgghhh.. tapehape je. orang lain nampak happy je lepas exam tapi aku tak happy pun. i'm so scare with my pmr result. aku nak sangat dapat straight a's but.. hurmm..
setakat ni ape yang aku check alhamdulillah cemerlang.. except english.. takot sangat. paper 1 aku salah 12. wtf! Ya Allah, aku harap itu cuma kebetulan.. Kau berikanlah kepadaku keputusan yang cemerlang dan memuaskan hati aku.. amin~
aku harap jugak aku dan kawan2 aku dapat result yang cemerlang jugak dan sama2 dapat mengharumkan naman SMKAB. smab da la hebat. rugi la kalau dimalukan sekali lagi.. sayang smab. ^_~


semoga aku dan kawan-kawan, atikah kamal, haniskandar, mazaya yaya, nisha mawarnie, syafiqah abdullah, husna ramli, safarwani, atikah usop, tasha azam, ainaa meera, ayu tira, nazifish, halim, lokman, syafiq asyrap, aiman syazwan, juvandy, afiq, farris, alep, epol najmi, ammar siam dan kawan2 aku di kelas yang len especially yang selalu cakap gud luck kat aku time aku nak masuk periksa... :)  


rindu korang!!

kami ni memang rock ckit.. 

dari kiri: safar(mama), mazaya(yaya), syafiqah(ibu)
kiri bawah: aku(kakak cirit), tkah(kaka), nisha(kakak garang)

berakhir sudah..

ALHAMDULILLAH.. berakhirlah sudah seksaan yang aku lalui sepanjang tahun ini(sebenarnya bukan terseksa sangat pun) iaitu peperiksaan PMR. bila pikir balik sekejap je masa ni kan.. tup tup aku da pmr. lagi dua tahun aku nak spm. perghh.. semakin tua umur aku ni. spek mata pun da asyik melekat kat muka.. tapi perangai still macam budak-budak.. haha :P

sekarang ni just wait for the result je laa.. usaha, tawakal dan redha dengan segala pemberian Allah SWT. Dia Yang Maha Mengetahui segala-galanya... yang penting aku kene pandai set up aku punya future dan sedia menghadapi segala cabaran dan pancaroba.. aku juga perlu sentiasa berani dan selalu muhasabah diri. and the most important, say no to 'couple'. dulu aku ni memang cepat terpengaruh.. sekarang tak lagi. hahahaha. kalu ada pun semuanya budak lelaki kelas aku je.. diorang memang lelaki terbaik pernah aku jumpa. susah nak jumpa lelaki macam diorang dalam dunia ni.. (ye ke..?)

aku harap aku dapat keputusan exam dengan flying colours.. aku nak sangat tengok family aku bangga ngan aku. aku nak juga balas jasa dan pengorbanan diorang. memang tak ternilai beb.. aku sayang sangat ibu dan ayah aku... tersangat.. amat.. more than the valuable thing in the world..

biar je la..


bila tengok gambar ni teringat kat cermin mata aku.
waaa..
tapi sayang.. dia akan kat dalam lubang tandas sekolah aku..
aku tak sanggup nak ambik..
tak pe la..
biarlah dia pergi dengan aman..

p/s : saya akan tetap sayangkan awak wahai cermin mataku.. selamanya. awaklah cinta pertama saya.. huhuhu.

dunia aku tak best kalau aku tak de korang...



aku sayang Nazifi sebab dia misteri dan ambil berat tentang rambut.. 
aku sayang Halim sebab dia sporting, muka bajet, dan suka perasan..
aku sayang Juvan sebab dia terror in math and science serta macho..
aku sayang Aiman sebab dia suka sembang benda yang mengarut tapi bermakna..
aku sayang Saiful sebab dia panjang, tinggi dan sangat hensem..
aku sayang Luqman sebab dia suka buat lawak spontan yang best..
aku sayang Mazaya sebab dia bagaikan pengerusi persatuan gadis 3rk1. faham kan?..
aku sayang Tira sebab dia suka melatah dan cute..
aku sayang Hanis sebab dia happy, dan juga sayangkan haiwan terutamanya orang utan..
aku sayang Atikah K sebab dia baik, periang dan gelak kalau boleh nak runtuhkan kelas..
aku sayang Syafiqah sebab dia lembu putih. haha...
aku sayang Husna sebab dia comey, dan gugirl terkiut pernah aku jumpa..
aku sayang Nisha sebab dia kembar aku yang best..
aku sayang Alif sebab dia suka tengok kartun..
aku sayang Farris sebab dia tak pernah marah aku, malah suara dia lagi lembut macam Doraemon..
aku sayang Ammar sebab banyak benda dah aku kongsikan ngan dia..
aku sayang Afiq sebab aku suka belasah dia.. boboy..
aku sayang Syafiq sebab dia diam-diam, ubi berisi..
aku sayang Atikah Yusof sebab dia suka bagi kelas kelam-kabot..
and.. aku sayang Tasha sebab dia selalu cakap "tak payah nak ............ ni sangat la.."

Do not cheat yourself if you do not know how to cheat ..

HAI SEMUA! ASSALAMUALAIKUM..
waa.. lamanya tak update blog.. huhuhuhu~
hari ni aku juz nak kongsikan satu rahsia. berkaitan dengan hati dan perasaan. bukan pasal 'cintan-cintan' ni.. tapi perasaan atau satu rasa yang mungkin ada pada kita sendiri atau the people around us. do you believe or not?.. (bajet macam pakar motivasi lak aku ni!)


okey la.. semua ni pasal pengalaman aku sendiri. aku suka tengok perangai orang.. macam-macam jenis perangai ada. ada yang baik, ada jugak yang tak baik. kita ni bukannya boleh tegur orang sangat. nanti kita yang kene balik. betol tak? erm.. main topic aku sebenarnya aku nak cerita pasal perangai seseorang yang tak reti nak mengaku kesalahan diri. susah betul nak mintak maaf. dia akan pastikan dia yang menang. kalau dia kalah, dia akan pastikan dia jugak yang menang. sakit hati kan? lepas tu, suka tipu diri sendiri pulak tu. akibat ego yang menebal dalam diri, dia susah untuk menyatakan kebenaran sedangkan dia tahu dia memang bersalah. kebanyakannya masalah banyak berlaku pada lelaki tapi aku rasa perempuan yang paling menonjol sekali. memang panaih ah~!! 
     and one more thing.. sometimes aku rasa susah nak dengar luahan hati orang. orang selalu ceritakan macam-macam kat kita pasal diri dia tapi kita malas nak dengar. bukan ape.. aku selalu gak berfikir secara LOGIK kenapa aku susah sangat nak layan cerita dia.. mungkin sebab:-
  • dia pun tak pernah nak layan cerita aku..
  • dia suka cerita benda yang sama dan rasa dah jemu ngan cerita dia.
  • atau cerita dia tak best. atau cerita dia membuatkan hati kita terasa atau sebab dia asyik cerita pasal dia yang 'bagos' sangat tu..
  • kadang-2 tak bagi peluang kat kita nak cerita jugak
  • dan mungkin sebab tak tahan ngan mulut dia sama ada sebab mulut laser atau berbau. hahahaha.. lawak la pulak.
erm.. tapi apakan daya.. kita sape nak tutup mulut orang.
aku paling tak suka sembang pasal yang benda yang aku tak suka dengar. kadang-kadang aku tak nak mengumpat tapi terkeluar jugak.. sebab tu la ada pepatah..
KERANA MULUT BADAN BINASA or  because the body's mouth destroyed.
sometimes I don't know how to be honest..
especially for the sensitive person..



kadangkala aku tak sedar apa yang aku cakap adalah benar atau sedap mulut berkata..
kadangkala aku sendiri yang tak sedar apa yang aku luahkan dan apa yang akan terjadi selepas itu..
kadangkala aku sendiri yang tak sedar kesilapan diri dan asyik mencari kesalahan orang lain..
Ya Allah.. sedarkanlah aku untuk menjadi seorang manusia  yang sentiasa bersyukur akan pemberianMu dan sentiasa redha dengan ujian dan sabarkanlah aku dengan dugaan yang Engkau berikan kepadaKu..
~Amin~